Resepi Gulai Ayam Sesuai Dimakan Dengan Pelbagai Nasi dan Roti

by - September 15, 2021

Panjang tajuk resepi Cikgu Meen nak share harini. Baca betul-betul, takut konpius pulak hehe. Ya, nama resepinya ialah Resepi Gulai Ayam Sesuai Dimakan Dengan Pelbagai Nasi dan Roti.


Kenapa gulai ayam? Bukan kari ke? Eh, sama ke tak sebenarnya gulai dan kari? Biasanya, perkataan gulai ni digunakan orang belah Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu. Dan, resepi ni pun Cikgu Meen dapat dari sahabat Cikgu Meen yang berasal dari Besut, Terengganu. Menurut beliau, resepi ni ialah daripada arwah ibunya. Semoga resepi yang dikongsikan ini memberi manfaat buat kita dan semoga mengalirlah pahala buat arwah dan untuk Cikgu Meen sekali, InsyaAllah.


Sebelum tu, Cikgu Meen dapat tau bahawa antara rahsia sedapnya gulai ayam Pantai Timur ni ialah dengan penggunaan rempah masak yang ditimbang. Sekarang, ada jer jual kat Shopee dan Lazada. Korang cuba search rempah gulai Kelantan, rempah gulai Terengganu, Rempah timbang, etc. Memang ada dijual. Rasa dia ala-ala rempah Cap Orang Terbang dan juga Cap Bunga Rose. Rasa dia berbeza tau dengan rempah Kari Adabi dan Baba's. Yang biasa dengan masakan gulai Kelantan/Terengganu jer tau bezakan. 

Ni rempah gulai timbang. Biasa beli kat kedai runcit atau pasar di kampung. Jual ikut gram atau kilo. Ada juga yang dah siap pek dalam plastik. Biasanya harga ringgit-ringgit jer (ikut timbang, sebab tu dipanggil rempah timbang). Kita boleh beli ikut berapa gram atau kilogram kita nak. 


Dah berkenalan dengan rempah gulai timbang ni, kita boleh mula lihat bahan-bahan dan cara memasaknya. Jom kita!


Bahan-bahan:

Ayam 

Rempah timbang (1 atau 2 sudu)

Minyak untuk menumis

Santan

Rempah 4 sekawan

Mayang 2 biji: bawang merah & bawang putih

Blend: Bawang merah, bawang putih, cili kering, halia, lengkuas, kunyit

1 keping asam jawa

Kerisik

Gula melaka

Garam


Cara Memasak:

1. Panaskan minyak 

2. Tumis rempah 4 sekawan (sampai naik bau)

3. Masukkan bawang merah & putih yang dimayang

4. Masukkan bahan di blend.

5. Tumis sampai pecah minyak, kemudian masukkan sedikit air, tumis lagi. Sentiasa kacau dan guna api perlahan. 

6. Masukkan rempah gulai, dan masukkan sedikit air. Tumis sampai pecah minyak.

7. Masukkan ayam, gaul sampai sebati dan turun air ayam. 

8. Tambah air sedikit demi sedikit.

9. Masukkan santan

10. Masukkan kerisik, gula melaka & asam keping.

11. Biarkan sampai menggelegak, masak dengan api sederhana. 

12. Masukkan garam.

13. Rasa sampai puas hati dan siap!


Kita tengok versi bergambar pulak ya. 

Tumis rempah 4 sekawan & bahan blend.



Masukkan rempah gulai 



Kacau bahan tumisan tadi - masukkan sikit air untuk elak hangit - kacau lagi sampai pecah minyak



Masukkan ayam, kacau sampai air ayam turun dan rempah sebati



Begini rupanya, kemudian masukkan santan



Masukkan gula melaka, asam keping & kerisik.
Ni takder kerisik, so tak letak... tapi tetap sedap, jangan risau.



Sedang menggelegak, bau dah semakin semerbak!
Masukkan garam, jangan lupa tu.
Kacau sampai pecah minyak dan dapat kepekatan atau kecairan kuah yang kita kehendaki.



Siap untuk dihidangkan!





Gulai ayam ni, sesuai makan dengan:
  • Nasi putih
  • Nasi minyak
  • Nasi dagang
  • Pulut kuning
Kalau nak makan atau cicah kuahnya pun boleh dengan:
  • Roti canai
  • Lempeng
  • Roti jala
  • Roti Gardenia

Jadi, masa masak tu, boleh lebihkan kuah. Berbaloi masak gulai ayam ni, sebab sampai ke kuah pun boleh licin dan tak terbuang pun. Yang lebih tu, simpan dalam peti ais, dan panaskan. Anak-anak yang tak selera makan nasi, boleh bagi depa makan dengan roti atau roti canai. Kenyang jugak. 

Nanti korang cubalah ya. Sampai jumpa lagi, Assalamualaikum. 



You May Also Like

0 comments

Powered by Blogger.