Resepi Nasi Goreng Ikan Sardin Yang Mudah dan Sedap

by - December 31, 2018

Air tangan ibu, macam mana ringkas pun masakannya, tetap menjadi ingatan buat anak-anak. Sebab itulah, sesibuk mana pun kita sebagai ibu, jomlah kita sama-sama luangkan masa untuk memasak untuk keluarga. Tak perlu pening kepala nak buat resepi yang bombastic, nasi goreng yang ringkas namun dimasak dengan penuh kasih sayang, pasti menjadi tautan hati seisi keluarga. 

Harini, saya nak share resepi nasi goreng ikan sardin yang mudah dan sedap. 

Saya gunakan sardin jenama jenama Ayam Brand (Ikan Mackerel), saiz sederhana tinnya. Kalau nak gantikan ikan sardin dengan ikan kukus atau ikan goreng pun lagi sedap. Kebetulan masa nak masak nasi goreng ni takder stok ikan, jadi saya gunakan sardin saja. 

Bahan-bahan:
Nasi - 2 mangkuk
Sardin Mackerel - 2 ketul (ambik isi sahaja & buang tulang)
* 5 ulas bawang merah
* 3 ulas bawang putih
* Beberapa tangkai cili kering
(Blender atau tumbuk 3 bahan bertanda *)

2 biji telur
Sedikit garam
Minyak untuk menumis
Kicap
Sayur (carrot, kacang panjang, kacang botor) ikut selera nak sayur apa


Cara memasak:
1. Panaskan minyak untuk menumis
2. Tumis bahan di blender atau tumbuk
3. Bila bahan tumisan dah naik minyak, masukkan ikan sardin.
4. Tumis ikan sardin tadi sambil hancurkan isinya, tumis sampai garing supaya tak hanyir (masak dengan api perlahan dan sentiasa kacau)
5. Masukkan sayur
6. Masukkan telur
7. Masukkan sedikit garam, kacau hingga sebati
8. Masukkan nasik dan masukkan kicap.
9. Kacau sampai nasi agak garing supaya tak rasa hanyir ikan sardin.
10. Siap!

Bahan-bahan tumisan termasuk telur dan sayur-sayuran.

Masukkan nasi dan sedikit kicap (ikut selera masing-masing la yer nak letak kicap banyak mana, saya suka letak sikit jer)

Alhamdulillah, siap untuk dihidangkan dan dinikmati bersama keluarga tersayang

Terima kasih Ya Allah, atas rezeki yang Kau berikan kepada kami. Semoga rezeki ini adalah rezeki yang berkat dan halal, yang mengeratkan kasih sayang kami sekeluarga keranaMu. Amin

Oh ya, kalau nak letak hirisan atau carikan sehelai daun limau purut pun boleh tau, sedap juga rasanya. Tambah lagi bila kita letak ikan sardin, kan. Mungkin sikit rasa lain tu berbanding letak ikan kukus atau goreng biasa. Jadi, dengan adanya daun limau purut, ada aroma yang sangat wangi dan enak. Daun limau purut ni kita letak masa letak nasik tu, biar daunnya segar dan tak hangus. 

Selamat mencuba, semoga resepi yang saya share ini bermanfaat buat korang, dan InsyaAllah semoga mengalir pahala buat saya dan keluarga, Amin. 

You May Also Like

0 comments

Powered by Blogger.