Welcome 2019, Goodbye 2018

by - January 01, 2019

Selamat Tinggal 2018.
2018 telah pun melabuhkan tirainya. Banyak kenangan dan peristiwa manis dan pahit yang kita lalui sepanjang 2018. Semoga apa jua yang  berlaku, memberi kesan yang positif kerana kita berusaha untuk buat yang terbaik. Tak kiralah ia dalam perancangan kita atau sebaliknya, kita kena yakin bahawa segala yang berlaku adalah dengan izin Allah Taala. Tidak akan bergerak satu zarah pun melainkan dengan izinNya. 

Terima kasih Ya Allah untuk pinjaman usia sehingga berakhirnya 2018. Terima kasih 2018 atas segala-galanya. 


Selamat datang 2019. 
Semoga tahun ini adalah tahun yang penuh keberkatan, kebahagiaan, kejayaan dan kekayaan dalam segala bentuk untuk dunia dan akhirat. Semoga semakin bertambah usia, bertambahlah juga amal dan meningkatnya iman dan ilmu. Semoga 2019 juga tahun untuk melakarkan kejayaan sebagai seorang anak, isteri, ibu, guru dan businesswoman. InsyaAllah.

Semoga kejayaan dan kebahagiaan juga untuk anda semua di tahun 2019. Let's start a brand new year with a new resolution, InsyaAllah. 

Goodbye 2018 & Welcome 2019.

Love;
Meena Isa

You May Also Like

0 comments

Powered by Blogger.