Resepi Asam Pedas Ikan Pari Mudah Tapi Sedap

by - September 14, 2021

Assalamualaikum.

Minggu ni cuti sekolah seminggu. Alhamdulillah, dapat la rest sikit kan. Berkebetulan pulak kerajaan bagi pelepasan rentas daerah/negeri bagi 3 negeri iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya. Dan, bersekali juga dengan peralihan ke Fasa 2. Alhamdulillah, akhirnya dapat pelepasan. Apa pun, kita kena jaga SOP. Jaga diri dan keluarga, kerana setiap individu bertanggungjawab atas diri sendiri dan masyarakat. 


Okey. Bila bercakap pasal cuti sekolah, terbayang masa dulu-dulu. Masa sebelum dunia kena Covid-19. Bila cuti sekolah jer, meriah rakyat Malaysia bercuti. Antara tempat jadi tumpuan ialah di Melaka. Kalau sebut Melaka, takleh lupa la dengan asam pedas dan ikan bakar. Ya Allah, rindunya lahai nak ke JJCM ke Melaka.

Memandangkan kita tak boleh lagi nak ke Melaka, apa kata kita masaklah sendiri asam pedas ikan pari. Tak dapat sama macam yang kat kedai di Melaka, dapat sipi-sipi pun jadi la buat lepas kempunan. Jom, Cikgu Meen nak share dengan korang resepi asam pedas ikan pari yang mudah jer penyediaannya tapi sedap ya ampun. Meh kita tengok bahan-bahan dan cara memasaknya.


Resepi Asam Pedas Ikan Pari Mudah tapi Sedap


Bahan-bahan:

Ikan pari

* Cili kering

* Bawang merah

* Bawang putih

* Lengkuas

* Kunyit

* Belacan (bakar sekejap)

Bunga kantan

Daun kesum

Halba

Air asam jawa

Asam keping

Minyak (untuk menumis)

Garam

Gula


Cara Memasak:

1. Blender bahan bertanda (*)

2. Tumis sedikit halba (sekejap je)

3. Tumis bahan di blend tadi (sampai naik minyak & ulang 3 kali tambah air)

4. Masukkan air  air asam jawa.

5. Biarkan seketika sampai tumisan + air kuah menggelegak.

6. Masukkan ikan pari.

7. Masukkan asam keping, bunga kantan & daun kesum.

8. Perasakan dengan garam & gula.

9. Biarkan sampai ikan masak dan kuah pekat (ikut selera nak pekat atau cair)

10. Siap!


Nak masak asam pedas yang sedap ni, antara petua dia ialah sama macam kita masak ayam sambal yang Cikgu Meen share sebelum ni. Masak dengan api perlahan, tumis beberapa kali sampailah naik minyak. InsyaAllah, masakan akan jadi sedap bila cili kering dan bahan tumisan lain tu masak dengan sempurna.

 

Asam pedas ni, sedap sangat jika digandingkan dengan telur asin, taugeh goreng, kobis goreng, telur dadar dan ulam-ulaman. Ya Allah, maka nikmat yang manakah lagi yang hendak kita dustai, kan? 




Benarlah orang kata, masakan adalah pengikat kasih sayang. Air tangan tu yang jadikan kita sentiasa ingat pada orang yang kita sayang. Contohnya air tangan ibu. Pergilah kat mana pun, kita akan sentiasa rindu dan ingat masakan ibu kita. Apalagi jika insan tersebut telah pergi selamanya. Boleh meleleh airmata bila kenangkan. 


Untuk itu, sebagai ibu... sikit sebanyak pun kita kena belajar memasak untuk dihidangkan pada pasangan dan anak-anak kita. Mungkin asam pedas ni boleh jadikan hidangan istimewa dari kita untuk mereka. InsyaAllah, resepi yang Cikgu Meen share ni mudah sangat nak buat. Cuba dulu buat sikit. Untuk guna dengan ikan lain pun boleh, cara dia sama jer. Cuma untuk ikan pari, make sure kita basuh bersih-bersih. Basuh dengan air gandum, perahan air limau dan air beras. Kikis lendir-lendir pada kulit ikan pari tu. InsyaAllah, bau hanyir ikan akan berkurangan. 


Semoga apa yang Cikgu Meen kongsikan ini bermanfaat buat anda. Selamat mencuba dan selamat bercuti! 

You May Also Like

0 comments

Powered by Blogger.