Resepi Ayam Masak Paprik Anak-anak Pasti Suka!

by - August 30, 2021

 Assalamualaikum.

Antara dilema ibu-ibu ialah ''nak masak apa hari ini?'' Betul tak?

Boleh dikatakan, inilah yang hari-hari kena fikir, nak masak apalah. Lagi-lagi sejak PKP/PKPP/PKPD yang kita dok hadap dah berbulan-bulan. Malah ni dah masuk tahun kedua kita berdepan dengan Covid-19. Umpama tak tau nak pusing resepi apa dah nak masak. Anak-anak bila kat rumah pulak, asyiklah lapar. Eh, anak jer ke? Bukan ke mak pun sama naik asyik lapo ajer haha. 


Jadi, harini Cikgu Meen nak share resepi yang korang rasa alaa, biasa sangat dah ni, takder apa yang special pun. Tapi, pada Cikgu Meen, resepi ni sedap, mudah dimasak, bahannya ringkas dan anak-anak pasti suka, InsyaAllah. Kita masak dengan penuh kasih sayang, sambil baca-baca doa & selawat semoga Allah berkati kita sekeluarga dan eratkan kasih sayang kita melalui airtangan kita sendiri sebagai seorang ibu dan isteri. 

Memasak adalah satu cara untuk kita dapat ganjaran pahala yang mudah dan berterusan. Jadi, marilah kita mencuba resepi istimewa daripada Cikgu Meen iaitu Ayam Masak Paprik Anak-anak Pasti Suka


Bahan-bahan:

- setengah ekor ayam (potong kecil)

- minyak masak (untuk menumis)

- 2 sudu cili kering + bawang merah + putih (yang di blend)

- 1 labu bawang holland (hiris)

- 2 ulas bawang putih (ketuk-ketuk jer)

- 1 batang serai (ketuk)

- 2 biji cili merah besar (hiris)

- 3 biji cili padi hijau (hiris)

- Sayur (kacang panjang/carrot/bunga kobis/baby corn)

- 3 helai daun limau purut (carikkan)

- sedikit pes tomyam

- sedikit sos ikan (jika nak letak)

- sos tomato

- sos cili

- sos tiram

- kicap 

- garam & gula 


Cara Memasak:

1. Tumis bahan blend + serai diketuk sampai naik minyak

2. Masukkan pes tomyam

3. Masukkan ayam & bawang putih yang diketuk

* masukkan air sedikit demi sedikit sehingga ayam separuh masak/empuk

4. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, kicap, sos ikan (secukup rasa)

5. Masukkan sayur-sayur & daun limau purut

6. Masukkan bawang holland, cili merah besar & cili padi

7. Masukkan garam & gula

8. Kacau sehingga kuah agak pekat.


* Rasa masakan, seimbangkan rasa jika ada mana lebih atau kurang. Anggaran bahan, terpulang pada citarasa masing-masing. Sayur terpulang nak letak apa. Macam yang dalam ni, hanya letak carrot & bunga kobis jer. Takda kacang panjang pun takde masalah, tetap sedap :)


Sedia untuk dinikmati!

Ini kalau lauk ni saja pun dah cukup. Tapi, kalau gandingkan dengan telur dadar, sambal belacan & ulam timun... makan tak toleh kiri kanan dah, macam makan kat Kedai Awe Tom Yam dah. Boleh la mengubat rindu nak dine-in kat kedai tomyam kan?  




Ya Allah, berkatilah rezeki kami dan masukkanlah kami ke dalam syurga FirdausMu tanpa azab dan hisab dengan rahmat dan kasih sayangMu. Aamiin Ya Mujib.


Nanti, korang bolehlah cuba resepi Cikgu Meen ni. Oh ya, kalau nak pekatkan kuah, boleh tambah sikit bancuhan air tepung jagung. Lagi mengancam rasa dia sebab pekat-pekat gitu. InsyaAllah, nanti Cikgu Meen share resepi lain pulak. Selamat memasak sepenuh kasih sayang untuk keluarga tersayang, semoga Allah memberkati usaha kita untuk memberikan makanan yang terbaik dari airtangan kita sendiri.


Oh ya, nak beli produk Young Living, boleh Whatsapp Cikgu Meen ya. Nak tanya-tanya dulu pun takper, InsyaAllah, Cikgu Meen akan bantu bagi informasi dan khidmat nasihat percuma gitu. Sampai jumpa lagi, jaga diri baik-baik dan Wassalam.


Cikgu Meen

You May Also Like

0 comments

Powered by Blogger.