Lamanya Tak Bersiaran di Sini

by - August 26, 2021

 Asssalamualaikum

Hi semua. Apa khabar? Cikgu Meen doakan semoga semuanya sihat dan dalam keadaan baik-baik aje, lebih-lebih lagi pada musim Covid-19 yang tak tahu sampai bila akan reda kesnya di negara kita. Harini pun kes paling tinggi dicatatkan iaitu 22k. Ya Allah, hanya padaMu kami serahkan segalanya. Tiada daya upaya kami melainkan dengan pertolongan dan rahmat dariMu.

Walau apa situasi sekalipun, kehidupan tetap perlu diteruskan dengan penuh pengharapan, tawakal, doa dan usaha. Selagi Allah masih pinjamkan usia buat kita, kita mesti berjuang dan tidak mengaku kalah. Semoga setiap rezeki, ujian dan segalanya yang Allah kurniakan kepada kita adalah sebagai cara untuk Dia mengingatkan kita bahawa kita adalah hambaNya, dan DIA Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Kuasa atas segala-galanya.


Macam mana dengan perjalanan kehidupan korang seharian?

Dah berbulan-bulan kita berkurung, terutamanya kami kat Selangor ni haaaa. Umpama dah tak terhitung hari dah berapa lama kena PKP dan lockdown. Kerajaan aka Perdana Menteri pun dah bertukar, semoga ada sinar dihujung lorong yang gelap. Kita pun dah ramai yang ambik 2 dos vaksin dan on the way dapat vaksin bagi yang belum turn vaksin lagi. InsyaAllah, kita akan dapat sesuaikan diri andai perlu hidup dengan Covid-19 ni sampai bila-bila pun. Tapi, kita tetap harap Covid-19 ni diangkat terus oleh Allah Taala dari mukabumi ini, Aamiin Ya Mujib.


Okey, lama sangat kan Cikgu Meen tak menulis kat sini. Kekangan masa sebagai isteri, ibu, guru dan juga buat bisnes. Alhamdulillah, Cikgu Meen masih lagi berbisnes dan aktif di Facebook. Korang kalau nak update terkini dari Cikgu Meen, boleh terus ke Facebook Cikgu Meen tau. Boleh dikatakan hari-hari Cikgu Meen 'melepak' aktif berkongsi kat FB. 

Meen Najmina Isa


Busy dengan PdPR tak menghalang Cikgu Meen untuk bisnes. Sebab itulah, rasanya perlu aktif semula di blog untuk buka lebih peluang dan channel marketing untuk bisnes. Cikgu Meen pun sangat jatuh cinta dengan Young Living. Jatuh cinta dengan produk dan bisnes. InsyaAllah, Min akan share tentang Young Living dalam blog ni dari semasa ke semasa.


Itu saja dulu untuk harini. Buat pembuka kata dan sapu sawang kat blog hehe. InsyaAllah, Cikgu Meen akan menulis lagi kat sini. Walaupun tak sempat nak sentiasa update, tapi Cikgu Meen akan cuba. Semoga apa yang telah dikongsikan dan akan kongsikan dapat memberi manfaat untuk kita bersama.


Last but not least. Jaga diri dan patuhi SOP. Semoga kita semua dilindungi dari sebarang musibah dan penyakit. Amalkan gaya hidup sihat, bersyukur apa yang Allah kurniakan dan masih pinjamkan pada kita dan cuba untuk tangani stress dengan sebaiknya. Kerana stress boleh menyebabkan pelbagai kesan dalam hidup kita dan orang sekeliling. 

Hargai insan-insan yang menyayangi kita dan berada di sekeliling kita. Kerana hidup ini terlampau singkat untuk kita berkeluh-kesah dan berdukacita. Nikmati saat ini dengan sebaiknya, kerana esok masih belum pasti apakah masih milik kita atau sebaliknya. Sentiasa positif dan carilah hikmah disebalik setiap apa yang berlaku kerana tiada perkara yang berlaku dengan sia-sia kerana ia datangnya dari Allah Yang Maha Merancang dan Maha Kuasa. 


Sampai jumpa lagi. Assalamualaikum wbt. 

You May Also Like

0 comments

Powered by Blogger.