Resepi Nasi Goreng Cili Kering Tanpa Sayur

by - September 06, 2021

 Assalamualaikum.

Antara cabaran mak-mak bila memasak ialah anak-anak tak makan sayur. Betul tak? 

Tak kira sayur apa pun, anak tetap tak nak makan. Kalau taugeh dalam mee goreng tu, ada logik jugak la kalau tak suka. Tapi, kalau sawi atau kobis pun tak suka, alahai... macam mana mak korang ni nak masak sesedap. 

Dilema sungguh kan? Kita suka sayur dan suka makan nasi goreng, mee goreng atau mihun goreng yang ada at least sejenis sayur. Tapi anak-anak pulak taknak. Terkuis-kuis keluarkan dari masakan tu. Kalau kuis keluarkan sendiri takpe jugak, ini mak jugak yang kena keluarkan. Sabo jer la!


So hari ni, Cikgu Meen nak share dengan korang resepi nasi gorang cili kering tanpa sayur. Ye, tanpa sedikit pun sayur, tapi rasa dia sangatlah sedap. Bahan-bahan pun ringkas ajer. Sap sappp suiiii... siap! sesuai dengan tema nak jimatkan masa di dapur sebab banyak lagi urusan lain nak kena siapkan. 

Nasi goreng cili kering tanpa sayur

Apa yang bestnya, nasik goreng cili kering tanpa sayur ni sesuai kita masak untuk sarapan atau makan malam. Jom, kita tengok bahan-bahan dan cara memasaknya.


Bahan-bahan:

Nasi sejuk

Minyak untuk menumis

3 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

7 biji cili kering 

Sedikit ikan bilis

Garam

1 biji telur

Kicap 

Gula


Cara Memasak:

1. Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih, cili kering & ikan bilis

2. Tumis bahan ditumbuk kasar tadi.

3. Masukkan telur - kacau sampai agak garing dan sebati dengan bahan tumisan tadi.

4. Masukkan nasi - gaul rata

5. Masukkan kicap - gaul rata

6. Perasakan dengan garam & gula secukup rasa.

7. Siap!


Saja tumbuk bahan-bahan kasar-kasar gitu, lagi sedap berbanding tumbuk hancur lebur



Selamat mencuba!

Nak lagi tambah sedap, makan dengan keropok goreng. Tak kisah la keropok lekor atau keropok keping, apa yang ada, makan jer. Nak ulam timun pun boleh, lagi sedap krupp krapp krupp krappp gitu. Sedar tak sedar, dah licin sepinggan. Lupa dah pasal diet :)


Untuk itu, selamat mencuba dan semoga resepi yang Cikgu Meen kongsikan ni bermanfaat untuk mak-mak sekalian. 


Oh ya, buat yang nak cari produk Young Living, bolehlah contact Cikgu Meen. Nak tanya-tanya dulu pun boleh. InsyaAllah, Cikgu Meen bantu untuk korang tau sikit sebanyak tentang produk Young Living. Nak sama-sama cari income dari Young Living pun boleh. Apa-apa, terus Whatsapp


Sampai jumpa lagi. Assalamulaikum :)

You May Also Like

0 comments

Powered by Blogger.