Resepi Ayam Masak Kicap Sedap

by - December 24, 2018

Ayam masak kicap adalah antara menu pilihan mak-mak yang ada anak. Sebabnya ialah ia sedap, senang dimasak, bahan-bahannya ringkas  yang sentiasa ada kat dapur dan tak muak makan. Seminggu 2 atau 3 kali ulang pun takper. Malah, anak-anak yang request nak makan ayam masak kicap.
Untuk perkongsian resepi bersama saya kalini, saya nak share resepi istimewa iaitu ayam masak kicap sedap yang diletak daun kari! Ini sebenarnya resepi campak-campak ajer, bila nampak ada daun kari dalam peti ais, rasa nak cubalah inovasi baru dalam memasak ayam masak kicap ni. 


Jadi inilah dia resepi ayam masak kicap sedap letak daun kari.

Bahan-bahan:
Ayam
- potong kecil, gaul garam & kunyit, goreng sehingga separuh masak. 


Bahan-bahan kuah kicap:
Bawang merah, bawang putih, cili kering - Blender
Bunga lawang, kayu manis (sedikit sahaja, tak letak pun takper)
Halia (sehiris nipis)
Daun kari (beberapa helai)
Bawang holland (1 labu) - potong
Cili padi (beberapa biji) - potong atau biar sebijik2
Minyak untuk menumis
Kicap
Sos tiram
Gula


Cara-cara memasak:
Tumis bunga lawang, kayu manis & daun kari sehingga naik bau.
Masukkan bahan blender
Masukkan halia
*Tumis dengan api perlahan, sentiasa kacau dengan kasih sayang gitu

Bila bahan tumis dah nampak masak, masukkan sedikit air, tumis lagi.
Masukkan kicap, sos tiram.
Jika nak berkuah, tambah air, dan pastikan kepekatan kuah ikut kita nak.
Masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
Masukkan gula

Bila kuah dah pekat ikut kita nak, masukkan bawang holland dan cili padi.
Kacau sekejap, terus matikan api, sebab nak bawang dan cili masih segar lagi.

*Garam saya tak masukkan, sebab dah ada kat ayam goreng dan kicap + sos tiram pun dah masin.

Siap!

Inilah dia hasilnya. Ayam masak kicap letak daun kari  yang sedap!
Daun kari tu, menaikkan aroma dan rasanya. Masa menumis tu, pastikan guna api perlahan supaya bahan tumisan tak hangit. 

Memasak ni kena sabar, takperlah lambat sikit ambik masa. Dah alang-alang masak, biar setara chef gitu, biarpun hanya di rumah. Biarlah air tangan kita sentiasa menjadi igauan suami dan anak-anak dan seisi keluarga. Itulah kenangan yang kekal abadi, melalui masakan yang penuh kasih sayang. 



Kalau nak lagi cantik dan menarik hidangan ayam masak kicap ni, kita boleh letak hirisan cili besar merah dan hirisan tomato. Juga boleh letak hirisan daun sup. Dalam memasak ni, takder betul dan salahnya. Yang penting, kita cuba. InsyaAllah saya akan share lagi resepi yang ringkas namun sedap yang sesuai untuk kita ibu-ibu yang sentiasa sibuk namun tetap nak masak untuk keluarga tersayang.

Oh ya, jika korang nak beli produk-produk yang saya jual (Tasneem Naturel, Young Living, Ecomama dan Garam Aura), atau nak sertai bisnes, korang boleh hubungi saya tau. Sehingga berjumpa lagi. Wassalam :)

You May Also Like

0 comments

Powered by Blogger.