Permainan Lego Asah Sistem Motor Anak-anak

by - December 25, 2018

Pernah tak kita rasa risau bila anak-anak leka dengan gadjet atau televisyen? Yelah, kita tau kedua-duanya ni boleh beri impak negatif pada anak-anak jika penggunaanya tidak dikawal. Jadi, bagaimana caranya nak elakkan atau nak kawal mereka dari terjebak dan leka dengan gadjet?

Kita boleh cuba berikan anak permainan seperti Lego. Lego membantu anak-anak leka dan sikit sebanyak dapat lupakan tentang gadjet. Lego sangat bagus untuk sistem motor anak-anak dan untuk mengasah skill otak untuk berfikir dan berimaginasi.



Elok kita beli koleksi Lego dengan pelbagai saiz dan bentuk, kerana ia untuk mengelakkan rasa bosan dan mengasah skill yang berbeza-beza. Kita juga boleh didik anak kita supaya berkemas selepas main. Sisih dan simpan dalam bekas masing-masing. Ia membentuk disiplin dalam diri anak-anak tentang tanggungjawab dan kerjasama bukan sahaja semasa bermain namun selepas bermain. 


Namun, apa yang terbaik ialah ibu bapa turut serta bersama anak-anak bermain dan menyusun Lego. Ini adalah waktu untuk bonding time dan pastinya ia menjadi kenangan yang terindah buat ibu bapa dan anak-anak. 

Janganlah pulak kita nak anak-anak lupakan gadjet, tapi kita buleh tak boleh berenggang dengan gajet. Jadi, kita yang kena bijak kawal keadaan, jadi takderlah umpama ketam mengajar anak berjalan betul. Jika masa kita bersama anak-anak, letakkan gadjet jauh dari diri kita. Luangkan masa yang berkualiti, 15 minit pun sudah memadai setiap hari. Selamat mencuba!

You May Also Like

0 comments

Powered by Blogger.