Resepi Rendang Daging Simple

by - September 22, 2021

Assalamualaikum. 

Bila terasa nak makan rendang, kita tak perlu dah tunggu hari raya baru nak masak bila kita dah ada resepi masak rendang dengan cara simple. Tak kesahlah rendang ayam atau rendang daging, bahan-bahan sama jer. Tak perlu risau dah nak kena spent banyak masa kat dapur bila nak masak rendang. Kita guna resepi campak-campak ni, tapi rasa dia tetaplah sedap.

Bayangkan makan rendang dengan ketupat palas. Satu Hari di Hari Raya, sangat kan!


Okey, dah puas terliur tengok gambar rendang dan ketupat palas tu, meh la sini Cikgu Meen nak kongsi resepi rendang daging simple. Macam Cikgu Meen sebut kat atas tadi, resepi yang sama kita boleh guna untuk rendang ayam. S, marilah kita mula memasak bersama Cikgu Meen. 


Bahan-bahan:


- Daging (basuh, rebus sampai empuk)

- Santan

- Minyak untuk menumis

- Blend bersama:

* Cili kering, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit & 2 batang halia

- Santan

- Daun kunyit

- Daun limau purut

- Kerisik

- Gula melaka

- Asam keping

- Garam

- Gula


Cara Memasak:

1. Tumis bahan blend sampai naik bau. 

2. Masukkan air dalam bahan tumisan, tumis lagi untuk pastikan pes blend betul-betul masak.

3. Masukkan daging dalam bahan tumisan.

4. Masukkan air sedikit demi sedikit, masak dengan api perlahan sampai daging betul-betul empuk dan bahan menyerap dalam daging. 

*Step ni penting untuk pastikan daging empuk dan rasanya sedap bila bahan meresap dan rasa atau bau hamis 'lembu' tu hilang.

5. Masukkan santan. Kacau sampai sebati dan kena kerap kacau supaya santan tak berketul.

6. Masukkan: kerisik, gula melaka & asam keping.

7. Kacau lagi.

8. Masukkan hirisan atau carikan daun kunyit & daun limau purut.

9. Perasakan dengan garam & gula.

10. Biarkan seketika dengan api perlahan, tunggu sampai dapat kepekatan kuah yang kita gemari.

11. Siap!

Perasan tak, dimasukkan gula melaka & gula pasir juga kan? Gula melaka ni rasa dia berbeza bila kita guna dalam masakan berbanding gula pasir. Gula pasir tu letak sikit jer untuk buat syarat supaya kuah nampak berkilat. Kalau taknak letak pun tak apa. Ikut selera masing-masing. Takder masalah :)


Selamat menikmati rendang daging bersama ketupat palas atau nasi putih, atau nasi himpit, atau pulut kuning dan makan dengan roti pun sedap! Untuk itu, selamat mencuba. 

You May Also Like

0 comments

Powered by Blogger.