Pengalaman Berniaga Produk Berasaskan Minyak Pati di Booth
Antara pengalaman yang tak dapat dijual beli apabila kita berbisnes ialah bila buka gerai jualan. Tak kiralah bukak booth ke, car boot sale ke, kat uptown ke, pasar malam ke, kiosk ke, etc. Pengalaman berniaga secara online dan offline memang berbeza.
Alhamdulillah. Pada 18 November 2018 yang lalu, saya bersama sahabat-sahabat seperjuangan dalam bidang minyak pati (essential oil) telah membuat jualan sempena Karnival Catur SK Seri Pristana. Yang lagi bestnya, booth kami meriah sangat.
Wajah-wajah ceria kami
Bisnes bukan saja tentang income, namun ia juga tentang persahabatan dan kasih sayang.
Gigih tau kami deko booth kami ni. Cantik kannn?
Inilah pengalaman yang sangat berharga buat kami semua. Semoga tahun 2019 ni akan ada lagi peluang kami buka booth untuk produk minyak pati ini. Rupa-rupenya banyak permintaan dari netizen yang mahu merasai sendiri manfaat minyak pati.
Beginilah bisnes, kita boleh cuba membuat marketing dan sale dengan pelbagai cara. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Doakan saya terus sukses dan dapat berkongsi manfaat produk eo dengan dengan lebih ramai orang lain. InsyaAllah.
0 comments