Resepi Donut dan Burger Malaysia

by - January 07, 2019

Resepi donut dan  burger Malaysia ni ni kita boleh jumpa pelbagai version. Jadi, sebagai golongan amatur dalam bidang masak-memasak ni, kenalah kita try & error mana-mana resepi yang kita jumpa atau belajar. Yang penting, semangat nak mencuba hehe. Haa, bukan senang mood nak mendonut dan mem-burger Malaysia nak datang. Asyik beli ajer kan, eh jomlah kita cuba buat pulak. Sesambil dengan anak-anak kat rumah kan, kita main baling tepung, ehhhh.


Ni resepi donut dan burger Malaysia setengah kilo @ setengah plastik gandum. Saya guna tepung gandum cap Sauh. Memang suka sangat brand ni, kenapa ntah. Ke sebab brand ni selalu ada kat memana pasaraya atau kedai. Hmm, tak kesah la jenama apa pun, meh la kita tengok resepi ni.


Bahan-bahan:
- Gandum (setengah plastik)
- Marjerin (2 sudu)
- Susu cair @ susu pekat manis (setengah cawan)
- Mauripan (1 paket)
- Sedikit air


Cara-cara buat doh:
- Bancuh mauripan dengan air - biarkan seketika sampai naik buihnya
- Masukkan semua bahan -- adun sampai sebati

*Pastikan doh tak terlalu lembik atau keras.

- Dah boleh buat bentuk donat & burger malaysia.
- Boleh goreng bila donut tu dah naik.
* jangan biar terlalu naik, nanti bantat semula bila terlebih gebu.


Resepi Gula Donut:
- Blender kering gula 
- Bila donut di goreng dah sejuk baru golek gula blender
(kalau masih panas, nanti donut tu jadi berair atau lembap dan tak sedap)


Resepi Sambal Burger Malaysia
- Blender bawang merah + bawang putih + ikan bilis
- Masak sambal sama macam masak ikan bilis sambal.
- Nak lagi sedap, jangan  terlalu pedas dan maniskan sedikit sambal.


Inilah dia rupa donut dan burger Malaysia yang berjaya dihasilkan dengan penuh kasih sayang! Haipp... abaikan rupanya tau. Biarlah rupa tak semenggah, tapi tengoklah betapa gebunya donut dan burger Malaysia saya ni hihi. Kalau meniaga ni, agak-agak ada ke orang nak beli hahaha. 
Besor kecik besor kecik yer kamu semua ni haha. Oh, mak dia ada, ayah dia ada, abang dia ada, kakak dia ada, adik dia ada, ehh atuk nenek pun ada... ha sebab tu la ada pelbagai saiz tau haha.

Astaga, dah kenapa sampai macam ni sekali bentuknya ni. Jangan kecam tau, nanti dosa. Hahaha. 

Sambal burger Malaysia. Ni boleh  terus buat nasik lemak, kang tak sempat nak sumbat jadi inti burger Malaysia :)

Pernah nampak rupa donut dan burger Malaysia sebegini mengerikan? Tak pernah? Haa, kat dalam blog ni jer tau dapat tengok. Sebab tu la kalau nak tengok resepi dengan hasil yang rare kena rajin-rajinlah lawat blog saya ni.

Sebenarnya, ni sebab tak taburkan gandum banyak-banyak atas pinggan masa dah buat bentuk donut dan burger tu. So bila nak goreng melekat-lekat kat pinggan bila nak ambik dari bekas masa buat tu. Makanya moral dia kat sini, sila taburkan gandum banyak-banyak. 

Walaupun dia tak lawa, rasa donut dan burger Malaysia ni memang sedap, gebu dan puas hati makan bila masak sendiri. Sekali lagi nak buat pesanan kasih sayang, jangan cerca bentuknya nanti dosa. Hihihi. Selamat mencuba dan sehingga berjumpa lagi :)

You May Also Like

0 comments

Powered by Blogger.