9 Tips Kekal Sihat di Musim Panas
Korang mesti perasan kan, sejak bulan Januari ni, cuaca sangat panas, berbahang dan kering! Syukurlah setakat ni takder jerebu. Kalau ada, tak tau la nak bayangkan macam mana keadaannya. Yang paling terkesan akibat cuaca panas ni ialah anak-anak yang bersekolah. Kesiannya tengok mereka.
Nak buat macam mana kan, semuanya kuasa Allah Taala. Yang mampu kita lakukan ialah untuk amalkan tips kekal sihat di musim panas dan berdoa semoga Allah turunkan hujan rahmat untuk menyejukkan bumi dan seluruh makhlukNya. Amin.
Image source: Google
Harini, saya nak share 9 tips kekal sihat di musim panas:
- Banyakkan minum air kosong tanpa mengira tahap aktiviti fizikal
- Guna kipas atau penghawa dingin untuk menyejukkan badan
- Lebihkan masa berada di dalam rumah dan hadkan aktiviti luar
- Pakai losyen pelindung suria (SPF 30 ke atas lebih baik)
- Kurangkan minum minuman berkafein, alkohol dan bergula
- Pakai pakaian yang ringan, berwarna terang dan longgar
- Tidak duduk di dalam kenderaan yang bertutup tanpa penghawa dingin
- Minum minuman isotonik untuk menggantikan garam badan yang hilang akibat berpeluh
- Pakai topi atau payung untuk melindungi daripada pancara haba terus ke badan
Untuk ibu-ibu, jangan lupa bekalkan air masak secukupnya untuk anak ke sekolah atau ke mana saja. Jadikan amalan meminum air masak yang mencukupi sebagai amalan harian terutamanya pada musim panas. Semoga 9 tips kekal sihat di musim panas yang dikongsikan ini memberi manfaat untuk kita semua.
0 comments