Aura RezekiCara Penjagaan Mentol Lampu GaramLampu Garam Bukit HimalayaLampu Garam Bukit Terapi Minda Aura RezekiMentol Lampu Garam
Mentol Lampu Garam dan Cara Penjagaan
Mentol lampu garam perlu dijaga dengan cara yang betul supaya ia dapat berfungsi dengan baik untuk mendapatkan kesan yang optimum.
Berikut ialah cara penjagaan Mentol Lampu Garam yang boleh kita ikuti.
1. Lampu garam menggunakan mentol filamen 15W14E. Senang di dapati di mana-mana kedai hardware dengan harga seringgit lebih sahaja.
2. Mentol ini boleh bertahan selama 1000 jam kalau kita on selama 24 jam. Tahan la dalam sebulan lebih.
3. Filamen mentol ni sangat sensitif. Jadi, kalau nak alihkan lampu garam ni, kena keluarkan dari base dia dulu baru alihkan, sebab jika ia berlaga dengan lampu ni pun dia senang terbakar.
4. Boleh guna LED light tak?
Tak digalakkan sebab heat dr LED tak cukup panas dan higroscopy akan berlaku. Jadi, kalau pakai LED adakalanya lampu garam akan cair.
5. Kalau tak nak on lampu garam lebih dari 48 jam, tanggalkan dari base dan balut lampu garam dengan plastic wrap untuk mengelakkan lampu dari cair. (Garam merupakan salah satu unsur hygroscopic).
6. Salah satu sebab kenapa mentol mudah terbakar juga ialah bila suhu lampu garam ni terlalu panas mengikut suhu persekitaran makanya mentol akan mudah terbakar bila suhu melebihi jangkauan.
Semoga tips dan cara penjagaan mentol lampu garam yang saya kongsikan ini bermanfaat untuk anda. Jika nak tanya lagi, boleh contact saya, tak perlu segan-segan, InsyaAllah saya bantu.
0 comments