Petua Masak Ayam Masak Merah atau Ayam Tomato Tanpa Goreng Ayam Terlebih Dahulu

by - September 09, 2021

 Assalamualaikum. 

Biasanya bila masak ayam masak merah atau ayam tomato, kita akan goreng ayam terlebih dahulu sehingga ayam agak empuk. Ayam tu kita gaul dulu dengan garam dan kunyit, lepas tu baru goreng. Ayam yang dah digoreng tadi, kemudian kita akan masukkan dalam tumisan kuah sambal atau tomato. 


Memang tak dinafikan la, cara goreng macam ni rasanya lebih sedap. Kita dapat rasa ayam yang lebih sedap, sebab dah digoreng terlebih dahulu. Bau atau rasa hanyir ayam pun kita dah tak rasa. Cuma, nak kena gigih sikit la. Ayam tu nak kena gaul garam + kunyit dulu. Lepas tu nak menggoreng ayam pulak. Ambik effort dan lebih masa la. 


Nak makan sedap, mestilah kena ada usaha lebih kan. Ha nampak tak, masak pun perlukan pengorbanan masa dan tenaga tau. Sebab itulah, setiap titisan keringat, masa dan usaha kita dalam memasak, Allah kira sebagai pahala dan sedekah. Betapa Allah sangat menghargai setipa usaha hambaNya, khususnya para ibu yang perlu allocate masa dan tenaga mereka untuk di dapur. 


Tapi, kalau masak ayam masak merah atau tomato TANPA goreng ayam terlebih dahulu pun sedap tau jika kena dengan caranya. Malah, rasanya lebih 'juicy' dan ayam rasa lebih lembut. Yang penting, masa menumis tu, kita kena ikut petua yang Cikgu Meen nak share ni. 


Bahan masakan:
Bahan masakan, Cikgu Meen tak perlu share hari ni. Sebab bahan masakan sama je macam yang kita selalu buat tu. Cuma nak share teknik atau petua memasaknya sahaja. 


Petua 1:

Gunakan minyak yang banyak untuk menumis.

- Kuah atau hasil masakan akan jadi kurang umphhh jika bahan tumisan tak betul-betul masak. Ia mesti ditumis dengan minyak yang banyak. Jangan risau jika nampak banyaknya minyak! Takper, dah siap masak nanti, bila dah matikan api, kita tuang buang lebihan minyak. Cuma tinggal sikit-sikit jer sekadar untuk bagi rasa dan hasil masakan nampak cantik. Takde minyak langsung pun tak sedap jugak nak makan kan? So, lebihkan minyak untuk menumis.


Petua 2:

Tumis bahan tumisan sebanyak 3 kali tambah air

- Maksudnya, bila dah nampak tumisan nak kering, tambah air. Tumis lagi, kemudian tambah air lagi. Sampai 3 kali. Letak air sikit-sikit jer. Tujuannya ialah supaya bahan tumisan betul-betul masak atau pecah minyak. Masa ni kita boleh masukkan air asam jawa (jika nak gunakan).


Petua 3:

Hilangkan Bau Hanyir Ayam

Bila bahan tumisan kita dah 3 kali masukkan air, kita masukkan ayam. Gaul dengan bahan tumisan. Tunggu sampai air ayam keluar dan hampir kering. Bila air ayam 'turun', ia dapat hilangkan bau hanyir ayam. Dalam masa yang sama, ayam akan jadi pejal dan separuh masak bila kita tumis dengan bahan tumisan tadi. Boleh tambah air sedikit demi sedikit supaya tak hangus dan ayam dapat jadi separuh masak. 


Petua 4:

Masak dengan api perlahan

Bahan-bahan lain seperti sos cili, sos tomato, atau lain-lain tu kita masukkan masa mengacau di step 3. Tunggu sampai air dalam tumisan tu dah agak pekat. Kuah nak banyak mana tau pekat mana, tu pandai-pandailah ejas ikut selera uols. Gunakan api yang slow jer. Kena saborlah yer kalau nak makan sedap.


Ni Cikgu Meen share gambar proses memasak tu. Sorry gambar tak berapa clear. Nanti, bolehla korang cuba. Jimat masa menggoreng ayam dan rasanya pun sangat sedap. Boleh la makan dengan nasik putih. Nak rajin sikit, makan dengan nasik beriani atau hujan panas. Walla.


Masukkan ayam + air sedikit demi sedikit.



Dah mulai mengering 



Zoom in sikit :)



Cantik hasil kejadian dia



Sebelum tuang buang minyak



Bila dah buang minyak. Elok jer kan?




Siap untuk dihidangkan


Selamat mencuba!

You May Also Like

0 comments

Powered by Blogger.